Bulan Syaaban Bulan Nabi /
0 comments (+)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Allahumma Solli A'laa Muhammad Wa A'laa Aa'li Muhammad. Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca 1st entry untuk bulan Jun ini. Ehem ehem seperti yang kita sedia maklum, sekarang kita berada dalam bulan Syaaban iaitu bulan sebelum datangnya Ramadhan Al-Mubarak. Semua tahu kan ? Okay good hehe. Di sini saya akan ulaskan serba sedikit tentang bulan nabi ini. Banyak fadhilat yang tersembunyi tetapi ramai yang leka dalam bulan ni. Nafsu sering mengatakan bahawa "Alaa tahun depan pun boleh buat lagi semua tu, yang penting bulan ni kena makan puas puas sebab bulan depan dah kena puasa..." Alahai, sang nafsu sering meruntuhkan iman dalam diri kita. Diharapkan kita semua tak begitu lah yee ^^v
Perkara yang ingin dikongsi untuk entry kali ini ialah
PUASA DI BULAN SYAABAN : )
Daripada Usama bin Zaid RA, beliau berkata :
" Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban. " Aku bertanya kepada baginda, " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban ? " Baginda SAW menjawab " Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa. "
(Hadis Ahmad dan Nasaie)
♡ Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
♡ Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah)
♡ Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
♡ Sabda Nabi SAW : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
♡ Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Diharapkan entry kali ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang membaca. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Jom sama sama masuk syurga ! Hihi okay that's all from me. Aasif jiddan jika ada salah dan silap. Syukran jazilan ya akhi ya ukhti. Barakallah : )

