Bulan Syaaban Bulan Nabi / 0 comments (+)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Allahumma Solli A'laa Muhammad Wa A'laa Aa'li Muhammad. Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca 1st entry untuk bulan Jun ini. Ehem ehem seperti yang kita sedia maklum, sekarang kita berada dalam bulan Syaaban iaitu bulan sebelum datangnya Ramadhan Al-Mubarak. Semua tahu kan ? Okay good hehe. Di sini saya akan ulaskan serba sedikit tentang bulan nabi ini. Banyak fadhilat yang tersembunyi tetapi ramai yang leka dalam bulan ni. Nafsu sering mengatakan bahawa "Alaa tahun depan pun boleh buat lagi semua tu, yang penting bulan ni kena makan puas puas sebab bulan depan dah kena puasa..." Alahai, sang nafsu sering meruntuhkan iman dalam diri kita. Diharapkan kita semua tak begitu lah yee ^^v

Perkara yang ingin dikongsi untuk entry kali ini ialah 
PUASA DI BULAN SYAABAN : )

Daripada Usama bin Zaid RA, beliau berkata :

" Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban. " Aku bertanya kepada baginda, " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban ? " Baginda SAW menjawab " Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa. " 
(Hadis Ahmad dan Nasaie)

♡ Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

 Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah)

 Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

 Sabda Nabi SAW : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

 Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Diharapkan entry kali ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang membaca. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Jom sama sama masuk syurga ! Hihi okay that's all from me. Aasif jiddan jika ada salah dan silap. Syukran jazilan ya akhi ya ukhti. Barakallah : )




#May Hadis Bulan Ini. / 0 comments (+)

Abdullah r.a. bercerita, katanya : " Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, " Apakah amal yang paling disukai Allah ? " Jawab baginda, " Solat pada waktunya. " Tanya Abdullah, " Sesudah itu apa ? " Jawab baginda, " Berbuat baik kepada ibu bapa. " Tanya Abdullah, " Sesudah itu apa ? " Jawab Nabi SAW, " Jihad ( berjuang ) di jalan Allah. " Kata Abdullah, " Nabi SAW mengatakannya semua kepadaku dan kalau aku minta lagi, nescaya baginda akan menambahnya pula. "

Hadis Sahih Bukhari
*p/s : bulan June dah dekat hehe. Its my birthday ^^v

Labels:



Never Give Up . . . / 0 comments (+)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


To all who laughed at me,
Thank you.
Without you, I wouldn't have cried.

To all who hated me,
Thank you.
Without you, I wouldn't have know LOVE.

To all who hurt my feelings,
Thank you.
Without you, I wouldn't have felt it.

To all who left me alone,
Thank you.
Without you, I wouldnt have discovered myself.

To those who looked down on me,
I thank the most.
Because without you, I wouldn't have tried.

Now I have won every battle,
I am as good as the best !

Thank you again,
May Allah bless you all : )


Never give up. Always remind yourself. There is no such thing as an ending. Just a new beginning. Trust me and thank to Allah : )

Labels:



Kenapa Bulan Rejab Mulia ? / 0 comments (+)


BULAN REJAB MERUPAKAN BULAN KETUJUH DALAM TAKWIM HIJRAH. BULAN REJAB ADALAH BULAN YANG SANGAT MULIA DAN PENUH BARAKAH. IBADAH PADA BULAN INI AKAN DILIPAT GANDAKAN PAHALA OLEH ALLAH SWT, DOA-DOA DIMAKBULKAN DAN PINTU TAUBAT DIBUKA UNTUK MENERIMA TAUBAT HAMBANYA. OKAY kekalkan mata anda pada skrin DAN.... Jom baca lagi : )

Berpuasa

- Bulan Rejab adalah bulan yang mulia. Bulan Rejab merupakan masa yang tepat untuk meningkatkan ibadah kita kepada Allah SWT. semua umat Islam disarankan untuk FOKUS melakukan ibadah sebagai cara menunjukkan cinta kita kepada Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW .

- Salah satu cara menunjukkan cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW pada bulan Rejab adalah dengan melakukan puasa sunat. Baaaaaanyak pahala yang menanti sesiapa yang berpuasa pada bulan ini. SubhanAllah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah : )


Bersedekah

- Agama Islam amat menggalakkan supaya hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan. Salah satu cara untuk melaksanakan konsep ini ialah dengan bersedekah.

- Dalam mengerjakan amalan bersedekah, kita perlulah melakukannya dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT, bukan disebabkan kerana nama atau sebagainya.

- Perlu diingatkan bahawa bersedekah adalah ibadah dan tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT : )

Membaca Al-Quran

- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dapat meneguhkan jiwa dan keimanan dalam diri.

- Bacalah Al-Quran dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Ia secara tidak langsung dapat melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.




Solat Sunat

- Solat sunat adalah solat-solat selain daripada yang telah difardukan.

- Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu.

- Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan solat sunat dalam bulan Rejab kerana solat sunat dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, di samping mengharapkan pahala dan keredhaanNya : )

Istighfar


- Memperbanyakkanlah beristighfar dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan.

- Semakin kerap kita beristighfar, maka diampuni dosa-dosa dan dimakbulkan doa. InsyaAllah ^^

- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan berzikir.


Bertaubat

- Gunakan kesempatan di bulan yang penuh barakah ini untuk bertaubat dan berdoa memohon keampunan agar diterima amalan ibadat, selamat dunia dan akhirat, dilimpahi rahmat dan sebagainya.

- Dalam bulan mulia ini, diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.


Sekian : )




A Day Full Of Barakah / 0 comments (+)
Assalamualaikum and Salam Jumaat to all muslims ! 
Seperti yang kita sedia maklum, hari Jumaat merupakan hari yang sangat sangat special bagi kaum muslimin seluruh dunia. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah kepada hamba-hambaNya :')

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

 Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu segala hari.

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)

 Waktu yang mustajab untuk berdoa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Dosa-dosanya diampuni antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya.

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

 
Have a blessed FRIDAY  : )


On every Friday the angels take their stands at every gate of the masjid to write the names of people, and when the Imam sits, they fold up their scrolls and get ready to listen to the sermon. - Al Bukhari


My First Blog Post : ) / 0 comments (+)
Assalamualaikum abang-abang handsome lagi macho kacak bergaya, kakak-kakak yang cantik lagi jelita dan solehah dan adik-adik yang comel macam baby face tu hehe. Alhamdulillah siap jugak blog ni haa tapi still banyak yang kena upgrade gitu. Ehem ehem *adjust tudung* Okay dah comel elok hihi. Firstly, sebelum wujudnya blog ni, saya ada buat sedikit research untuk bla bla bla. Rajin bukan ? Haha okay tak :3 Di sini ada sebakul sedikit tips untuk dikongsi untuk u olls semua tentang idea for your first post : ) Macam saya ni haa, kan ? hehe okay dah dah.


Basically, that's what I would recommend anyone writing their first post :
  • Be yourself - Apa yang u olls inginkan, jangan seduakali sesekali menjadi orang lain. Allah dah ciptakan semua hambaNya dengan kelebihan dan kekurangan masing masing. Redha dan terima seadanya :) Just be the cute version of you okay hehew. Okay set !
  • Don't be afraid of grammar - Bahasa melayu ke bahasa inggeris ke, redah je haa. Kalau baku sangat dah macam robot bercakap pulak kan ? kan ? Angguk cepat ! Hehe, guna je bahasa yang memudahkan kita dan orang lain faham. Bahasa saya pun tunggang terbalik tapi teringin sangat nak ada blog sendiri. So hey, if I don't start writing, I'll never get better, right ?
  • Be niceBila kita baca post someone, kita akan sedar that those who were being nice akan membuatkan pembacaan kita lebih seronok. So I think I'll try to be as nice as I can when writing my own posts, insyaAllah. Enjoy it : )

         Love, mai..



  




    ← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

    Greeting
    Thank you for dropping by.These pictures are not taken by me. If they are, my name will be posted on them. I don't give credits to anyone because nobody knows who the real owner of each picture. If the owner wants credits, they should put their URL on their picture.All Rights Reserved April 2011 © Pipie Ladybug

    Instagram

    Tagboard