Kenapa Bulan Rejab Mulia ? / 0 comments (+)


BULAN REJAB MERUPAKAN BULAN KETUJUH DALAM TAKWIM HIJRAH. BULAN REJAB ADALAH BULAN YANG SANGAT MULIA DAN PENUH BARAKAH. IBADAH PADA BULAN INI AKAN DILIPAT GANDAKAN PAHALA OLEH ALLAH SWT, DOA-DOA DIMAKBULKAN DAN PINTU TAUBAT DIBUKA UNTUK MENERIMA TAUBAT HAMBANYA. OKAY kekalkan mata anda pada skrin DAN.... Jom baca lagi : )

Berpuasa

- Bulan Rejab adalah bulan yang mulia. Bulan Rejab merupakan masa yang tepat untuk meningkatkan ibadah kita kepada Allah SWT. semua umat Islam disarankan untuk FOKUS melakukan ibadah sebagai cara menunjukkan cinta kita kepada Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW .

- Salah satu cara menunjukkan cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW pada bulan Rejab adalah dengan melakukan puasa sunat. Baaaaaanyak pahala yang menanti sesiapa yang berpuasa pada bulan ini. SubhanAllah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah : )


Bersedekah

- Agama Islam amat menggalakkan supaya hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan. Salah satu cara untuk melaksanakan konsep ini ialah dengan bersedekah.

- Dalam mengerjakan amalan bersedekah, kita perlulah melakukannya dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT, bukan disebabkan kerana nama atau sebagainya.

- Perlu diingatkan bahawa bersedekah adalah ibadah dan tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT : )

Membaca Al-Quran

- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dapat meneguhkan jiwa dan keimanan dalam diri.

- Bacalah Al-Quran dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Ia secara tidak langsung dapat melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.




Solat Sunat

- Solat sunat adalah solat-solat selain daripada yang telah difardukan.

- Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu.

- Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan solat sunat dalam bulan Rejab kerana solat sunat dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, di samping mengharapkan pahala dan keredhaanNya : )

Istighfar


- Memperbanyakkanlah beristighfar dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan.

- Semakin kerap kita beristighfar, maka diampuni dosa-dosa dan dimakbulkan doa. InsyaAllah ^^

- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan berzikir.


Bertaubat

- Gunakan kesempatan di bulan yang penuh barakah ini untuk bertaubat dan berdoa memohon keampunan agar diterima amalan ibadat, selamat dunia dan akhirat, dilimpahi rahmat dan sebagainya.

- Dalam bulan mulia ini, diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.


Sekian : )




← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Greeting
Thank you for dropping by.These pictures are not taken by me. If they are, my name will be posted on them. I don't give credits to anyone because nobody knows who the real owner of each picture. If the owner wants credits, they should put their URL on their picture.All Rights Reserved April 2011 © Pipie Ladybug

Instagram

Tagboard